Filed under: Uncategorized
Hi Ff,
Genap sudah 25 tahun kau pada waktu ini. Jauh sudah perjalanan hidup mu di atas dunia ini. Pelbagai perkara telah kau tempuh, pelbagai manusia telah kau temui, segala onak ranjau dan liku telah kau lalui. Jatuh bangun kau sebagai insan yang kuat dan tabah turut kau rasai. Tahniah Ff di atas semua itu.
Hari ini kau menjadi semakin dewasa dan akan terus matang di dalam hidup mu. Jangan lagi kau pandang ke belakang. Yang dah berlalu pergi itu biarkan ianya terus pergi. Kau mesti terus melangkah dan menjadi diri mu yang terbaik sebaik yang kau mampu. Jadi lah diri mu seadanya. Masih kau ingat tak sebuah sajak yang kau gemari 10 tahun yang lalu. Bukalah catatan yang pernah kau tulis 10 tahun lalu itu. Kini ini lah waktunya untuk kau membaca sajak yang telah kau tulis itu dan lihat lah diri mu kini…yang telah kau sediakan untuk dirimu sejak dahulu lagi. 10 tahun kau simpan dan kini masanya untuk kau baca dan renung kembali…
Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah
aur yang teranggun di sisi bukit
Kalau bukan pokok, aur saja pun jadilah
Jika kau tak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput
Dan hiasilah jalan di mana-mana
Jika kau tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya
Bukan semua boleh menjadi nakhoda, lainnya harus mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua.
Kerana Ada tugas yang berat, ada tugas yang ringan
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan
Jika kau tak dapat menjadi bulan, jadilan bintang
Jika kau tak dapat menjadi semut, jadilah unggas dirimba
yang selalu bernyanyi riang dan menghiburkan
Bukannya mengikut besar kau kalah ataupun menang
Jadilah dirimu sendiri yang terbaik.
Ff, kau telah menjadi yang terbaik kau mampu lakukan, menjadi seorang anak yang terbaik untuk kedua ibu bapa biarpun kadangkala kau tak mampu melunaskan tanggungjawab itu dan adakalanya kau menderhakai mereka. Tapi percayalah pada aku, Ff, kau telah mencuba menjadi yang terbaik. Cuba menghiburkan hati mereka, mendengar akan kata mereka serta menjadi anak yang baik buat mereka.
Tetapi janganlah kau berkecil hati jika kau merasakan masih ada kekurangan di mata mereka kerana ini adalah diri kau. diri kau yang termampu kau lakukan. percayalah pada kata ku ini Ff, bukan mudah untuk diri mu menjadi apa yang dilihat oleh mereka sekarang. Mereka tidak tahu apa yang telah kau korbankan untuk diri mu demi menjadi dirimu sendiri yang terbaik untuk mereka. Kau adalah istimewa dan keistimewaan mu tidak akan dapat dimengerti oleh mereka. Percayalah mereka memahami diri mu seadanya kerana setiap ibu dan bapa itu mahukan sentiasa yang terbaik buat waris mereka.
Ff, jauh sudah kau melangkah dan kebiasaannya kau selalu bersendirian. kau menopeng wajah mu dengan senyuman. senyuman untuk rakan-rakan mu. Ff, runtuhkan tembok yang memisahkan diri mu dari rakan-rakan mu itu. Melangkah lah kau, berikanlah ruang pada mereka mengenali diri mu. Bakarkan topeng yang meraut di wajah mu itu agar mereka mengenali dirimu dan mendampingi diri mu. Percaya pada diriku, kau akan menemui seorang teman yang akan mengenali diri mu dan senantiasa mendampingi mu. berlaku jujurlah kau padanya dan seadilnya lah kau melayan dia atau mereka. Di kemudian hari kau akan mendapat pulangan yang sebaiknya. Inilah erti ikatan persahabatan.
Runtuhkan tembok pemisah mu itu, berikan lah ruang agar mereka dapat memasuki dan memenuhi hati mu. Binakan kepercayaan mu pada mereka dan jangan kau risau dikhianti di kemudian hari oleh mereka kerana dirimu telah menjadi yang terbaik dan tak semua kehendak di dunia ini akan dipenuhi, ingatlah kemanisan dalam menjalinkan persahabatan adalah seperti itu, dikhianati dan disayangi.
Bukan semua boleh menjadi nakhoda, lainnya harus mengikut saja. Pasti ada sesuatu untuk semua.
Ff, dirimu telah menjadi yang terbaik di dalam percintaan. tabah dan cekalkan lah diri mu menghadapi dugaan ini. Jangan kau salahkan diri atas kesilapan yang berlaku. Kau adalah diri mu dan diri mu adalah sebegitu. Jangan kau sesali saat kau kecundang lagi walaupun kau merasakan dia adalah yang terbaik buat mu kerana kau telah lakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik untuk dirinya. Kau hanya perlu belajar dari perkara yang telah terjadi dan percayalah perkara yang terjadi itu berlaku di luar kawalan kau. Kau hanya takut bila bercinta, kau hanya mahukan jaminan di dalam bercinta dan kau hanyakan yang terbaik untuk segalanya. Bukan kau mementingkan diri mu berbading dirinya, tetapi jaminan yang kau mahu dari dia dan saat itu masih terlalu awal untu diri dia menjanjikan yang terbaik buat diri mu. Bangunlah Ff, bertatih lah perlahan lahan jika kau tak mampu terus berjalan. Bila kau sudah mampu ambil langkah mu dan berlari lah sekencang si kuda hitam liar merentas padang nan hijau. Kerana diri mu punya semangat seperti itu.
Jauh sudah perjalanan hidup mu. Percayalah, tidak semua insan berpeluang merasai pengalaman yang telah kau lalui. Pahit getir, asam manis kehidupan menjadi diri mu adalah terlalu indah. hargai lah ianya. Kembalikan diri mu semula dan terus melangkah.
Ff, impian mu masih jauh di hadapan. Masih jauh untuk kau capai dan genggam. Memang terlalu sukar untuk kau capai kan ia. Tapi aku percaya pada dirimu. Kau mampu lakukan. Cuba kau renung kembali. Kisah hidup mu 25 tahun lalu. Sejauh mana telah kau pergi. Seteruk kegagalan telah kau rasai dan semanis kejayaan telah kau genggami nescaya aku percaya diri mu masih mampu untuk melangkah dan mencapai impian mu. kembalikan diri mu pada landasan yang telah kau bina. Teruslah kau melangkah dan bawalah bersama apa yang kau rasa perlu dan jangan kau membebankan diri mu dengan menggalas bebanan yang melelahkan dirimu. Campak kan ianya ke tepi. Buangkan ianya jika kau kehendaki. Jangan kau khuatir atau sesali kerana kaki mu perlu gagah dan kuat untuk terus berlari.
Jangan kau takut akan kegelapan ataupun kesunyian. Banyak kau bisa pelajari dari situ. Jangan kau pandangnya dengan rasa yang gundah gulana kerana kau adalah seorang yang berani. Risiko itu hanya batu penghalang mu di antara kau dan jawapan yang kau cari. tempuhilah ianya kerana seteruk mana pun akan terjadi yang pasti kau dah lalui dan rasai perkara itu. Bangkitlah Ff, palingkan wajah mu ke arah sinar. Carilah diri mu yang sebenarnya. Capailah Impian mu dan teruslah kau melangkah ke hadapan.
Selamat Ulang Tahun yang ke 25.
ikhlas,
Ff
Filed under: Uncategorized
well, will visit paris again soon! by end of this year. airplane tix already confirm and need to prepare for winter clothing. beside that i am so exited this time to visit paris and do some activity that i miss to do during my stay at there last time. well wish list:
1. audioguide tour at Chateau De Versailles (the castle was closed during my stay and visit last time) then having a picninc lunch at it park (it might crazy since its winter, but i dont care!)
2. having early breakfast at Fontaineblear Sunday market (oh must visit small town, i love this small town, dont have any chance last time since always delay plan to do, so this time IT MUST DO!)
3. doing Moules Friter from A-Z (the winter food and i must learn from a-z preparing this food, how to buy the raw material, cook and etc so next time i could cook for everyone)
4. Tour at Clignancourt Flea Market (just TOUR!.. i will try my best..)
arghh!! so exited now!
Filed under: Uncategorized
24 hour left before officially turn 25. nothing much to be expected on big day.
what if i never knew
what if i never found you
i’d never have this feeling in my heart
how did this come to be
i dont know how you found me
but from the moment i saw you
deep inside my heart i knew
sedang merenung and melihat kembali kisah hidupku setahun dan lima tahun yang lalu. hampir menitis air mata bila bukak balik blog lama yang aku tulis 5 tahun lalu. dah jauh perjalanan aku tempuh. banyak dah dugaan aku lalui. aku tak tahu perasaan apa untuk aku gambarkan pada masa ni.
5 tahun yang lalu, ada beberapa kawan yang begitu membanggakan. sekadar meletak nama sahaja, Naqi, Shahril, Amir, Abu, Dhiana, Riena, Azlan, Uncle & Mieza. impian aku, menamatkan Diploma dengan susksesnya. sambung belajar, ada kerjaya dan ingin hidup bahagia. family, sentiasa bersama dan menyokong seadanya walaupun punya konflik dengan emak. keyakinan diri agak kurang di masa itu.minat atau fokus hidup tiada. arah tuju hidup agak kabur. hidup sekadar besekitar di situ. impian kabur atau tidak punya yang jelas. status perhubungan agak rumit, complicated. kewangan agak terbatas dan saving tiada yang tetap.
setahun yang lalu, sekadar menyebut nama, Ally, Jue, Syaz, Lan, Riena, Suhaila and naqi. impian, memiliki kerjaya yang membanggakan dan kewangan yang stabil. megharap menemui someone yang untuk dicintai dan mencintai. hubungan keluarga tidak banyak perubahan. kerjaya makin berkembang. punya impian yang jelas dan nyata. ingin melanjutkan tahap pendidikan ke tahap yang lebih tinggi. banyak berjalan. pusing dunia. simpanan kewangan sudah bermula. kehidupan dan jaringan hidup sudah berkembang.
well itu kisah setahun dan 5 tahun yang lalu. kini lembaran baru akan dibuka lagi. tiada apa yang aku harap sangat pada kali ini. setahun dah banyak mengajar aku. 5 tahun terlalu jauh untuk direnung kembali. cukuplah dengan apa yang aku dah lalui. banyak kisah disebaliknya. sedih dan gembira memang pasti ada. sering kita dinasihati jangan lagi merenung ke belakang, lihat dan pandanglah ke hadapan kemudian terus melangkah. cuba menjadi diri sendiri bukanlah mudah, untuk menjadi yang terbaik bukanlah impian.
merenung ke hadapan. 5 tahun dari sekarang. di luar jangkaan aku. terdetik juga adakah aku mahu ulang dan lalui kisah 5 tahun yang lalu? jikalau diberi peluang ada beberapa benda yang aku inginkan bersama aku dari 5 tahun dahulu sehingga kini. inilah pengakuan ikhlas aku, aku mahukan persahabatan yang dulu. kisah sahabat dan teman yang dulu. itu sahaja yang aku mahu dari 5 tahun lalu. yang lain aku rasakan, aku lalui dengan baiknya. banyak pengalaman yang aku kutip, jauh aku dah melangkah. separuh dunia aku sudah jejak. alhamdullilah, kerugian itu berganti dengan pengalaman hidup yang amat bermakna buat diri aku. mungkin kah bila kita kehilanggan sesuatu itu, kita akan diganti dengan sesuatu yang lebih bermakna dan bernilai? tapi aku manusia yang tamak. aku mahukan juga apa yang aku hilang itu tetap ada bersama.
bagaimana kisah setahun yang lalu? dan bagaimana pula kisah setahun yang akan datang?pejam celik masa dah berlalu pergi. setahun sudah kisah berlalu. setahun ini juga mengajar aku makna kisah cinta. erti persahabatan. makna sebuah kerjaya. ikatan sebuah keluarga. menghidupkan impian. dan berbagai bagai kisah lain. terusterang lagi disini jika setahun dapat diputar kembali aku memilih untuk tidak membenarkan diri aku bersama kerjaya ini. tanpa kerjaya ini, ia tidak akan membawa aku terbang sejauh 2 jam setengah perjalan melalui pesawat. tanpa perjalanan sejauh ini pastinya aku tidak akan menemui seseorang yang membuat aku mengenali 5 huruf yang sehingga kini aku tidak tahu kuasa yang terkandung disebaliknya. c i n t a. sekeras hati aku cuba menafikan segalanya apa yang terjadi adalah merupakan antara kisah yang terbaik pernah berlaku di dalam hidup aku. tanpa aku sedari kerana kerjaya ini juga aku mengenali seseorang dan aku ingin terus bersamanya. setahun ini juga lah aku telah memberi masa, perhatian, kewangan dan segalanya pada seseorang yang amat aku hargai. setahun ini juga aku sudah banyak melangkah.setahun ini juga banyak masa aku dihabiskan di awan. takut menjadi tua di langit pula nanti. setahun ini juga kisah hidup aku bekisar tentang aku dan dia. setahun aku korbankan segalanya. membunuh kerjaya. menyepi diri. buntu kawan. tapi percayalah, tiada apa yang aku rasai selain dari bahagia dan gembira. mungkin itu yang aku nyatakn sebelum ini, kerugian itu berganti dengan sesuatu yang amat bernilai buat aku. biarpun masih jauh untuk aku melangkah bersama dia, tapi aku akan cuba juga. semoga setahun dari sekarang sewaktu aku menulis sebuah catatan untuk diri aku, aku masih bersama dia. insan yang aku sayangi. harapan aku juga, setahun dari sekarang, kisah aku dan kawan adalah kisah yang indah.
puas sudah aku melangkah dari 5 tahun yang lalu. tapi terntaya aku masih tamak. aku mahukan lebih dari apa yang aku miliki. aku mahukan yang terbaik buat diriku. bukankah semua manusia sebegitu? ntahlah…apa yang nyata jika sepuluh tahun dahulu aku tidak akan sangka ini adalah kehidupan yang akan aku jalani dan lalui. aku tidak akan sangka ini lah sekelumpuk manusia yang akan aku berpeluang mengenali dan sayangi. ternyata di luar jangkaan aku. bukankah kehidupan itu dipenuhi dengan kejutan dan sesuatu yang kita tidak sangkakan…hehehehe
dear insan-insan yang aku kasihi sekalian. kalian tahu siapa diri kalian yang aku maksudkan di sini. terima kasih kerana telah mencorakkan warna warna indah pada hidup ku sepanjang 25 tahun aku berdiri di mana jua aku berada. dari kalian aku kutip pengalaman hidup ini. dari kalian aku terus belajar erti kehidupan, bersama kalian lah aku terus melangkah dalam hidup ini. kalian amat bermakna dalam menentukan dan membentuk diri ku menjadi seperti apa yang telah berdiri di sini. masih jauh lagi perjalanan aku di hadapan. masih banyak kisah yang bakal aku singkap. aku pun tidak pasti apa yang menanti aku dihadapan kelak. tapi harapan aku adalah besar, banyak dan indah. semoga hari hari yang akan mendatang akan terus membuat aku tersenyum dan bahagia selalu. kalian, terima kasih atas segalanya!
Filed under: Uncategorized
the pop up question make me clueless. what is the best answer to give for the person that know how important you are for me. my tongue almost saying “what a stupid question u ask me?” well i cant hurt the feeling that time but i know when that person read this obviously that person will be hurt and know now. i am so sorry for that.
i should be happy and carry the feeling along together when i have phone conversation with that person. but at the beginning conversation that person just split to me last month phone bill too expensive and need to cut. wow! i love to sharing finance with a person that i love but i cant stand when the way u split it wrongly or im the one who take it wrongly? well i cut the call and call back using my mobile. so what is the issue next? too tired and need for sleep. ok blame me for that but hey! i do phone call early before and you the one with your friend and who ever else at there. well same goes with me, im with my friend having dinner and enjoying jazz performance but since i know u well and i need to cut the crap i make a phone call as usual. not appreciated! so what is the next issued? the phone call is not important, just text or sms. i almost give that person i love a big laugh but i try to keep that person feeling. i do sms u a lot lot before this and what i get back? just a silent. well obviously your RM8 per month for 500 sms is not for me maybe… well what is the next issue? myself and i need to handle it alone…. done.
p/s; sorry to express my feeling here.learning back the oldies style and try not burden that person so much with my feeling. well i know u going to read this but hey u a simple and cincai person and wont get hurt so much because this will always with you kan; “like i care” yupsss not your feeling get hurt as always….(well did i still expressing my feeling? hell yessss…hahahaha sorry!)
Filed under: Uncategorized
what it mean attracted to somebody? what make us fall in love and want to live our life with that person? anyone could help me find the answer?
im stuck in complicated relationship. i dont know what kind of relationship i have right now. i love this person so much. way too much maybe. somehow i am not so sure what i should do or what i should take for my life. we both have big different way describing our relationship. its kind like, i am more want into dark and this person are more want into white. totally different. different way.
i am not so sure what is this relationship will stand for. should i describe we are just friend? maybe this what this person want but we are not doing just a friend always do. i realize we do more then normal friends do. maybe because this person stand beside me and think this what a friends should do for each others.
well on my side i always want more then just a friend. we have been in love before. love each other. just something bad happen and didnt turn well so this person put aside the love feeling and start trying as a friend back. but hey! what is that? i really cant get it. so no matter what this person will define us for me i will always love this person no matter what status we are.
so i try something else. out of way approaching. un-labeling relationship. why i decide to turn like this?
1. i am totally physicall attractive into this person
2. i like doing activity with this person and spend a lot of time
3. i am not sure what i should do for our future.
4. i want this person so much but this person didnt think so its the right time
5. i like to touch, smell, listen and look at this person
6.i like to making a commitment such as having a house, kids and pet together
7. i am totally jealous when i feel unsecured, silent from this person, and abandon from this person
8. i like to sharing finance and taking trip or vacation
9. touching into non intimate or intimate
so with all this list above what is this relationship mean?would this person do have a list like i did? i have so much emotion involved in this relationship. it goes same with this person. we both have so much emotion involved. so we both put label in this relationship. just because of what we have feel on our emotion we put label. we label this relationship way different from each other. i never said label aren’t bad. well i do feel safe sometimes with the label. but hey! i do feel unsecured and jealous because of this label as well.
somehow i learn a lot from this label relationship. i hate myself. but i learn a lot with this and called it life. i dont know how does we both will do in future. a lot lot of challenge are waiting for us. i wish we both could succeed in this relationship. i do miss a lot of our past and i pray for the best for us.
hugs and kisses
p/s: what i want in this relationship? i involved so many emotions, i put a lot of time and money, i put my career on risk, i just do what i feel i want to do, as long as its make me happy…
Filed under: Uncategorized
it was silent morning when we arrived there. people holding hand each others. comfort each others. trying to accept and swallow the turth he was gone…
so silent when we people start gather inside the hall. it touch my heart. but no tears. yeah the ego part of me. the family memeber started stand up and give their speech. then closed friends and its our turn.
” He is so perfect as he is… with no regret we will let you go. the memory remain. with us you will always be here”
so we give the last respect and walk together with you. the last one before your depart.
thank you so much for being such a nice and wonderfull friends for us.
Sean Castrolle Musa
7 October 1976 – 9 November 2009
Filed under: Uncategorized
“You must be a good person, because good things are happening for you, but you have to stay humble.”
i wrote so many things this few days without i realize i hurt someone feeling thru my facebook and blog. for that i am so sorry i never meant to do that. it just the way i express my sadness and feeling. yeah i have nervous breakdown now, its driven me to headache (not migrain as i though) but hey i will recover soon. i dont know when but i slowly feel im heading there.
Filed under: Uncategorized
dia kata “you are my most lovely bf” pada aku. tapi kenapa kami harus berpisah? persoalan itu tetap bermain di minda aku. kenapa senantiasa berlegar legar di minda aku. aku telah nyatakan sepenuh hati aku walau jauh kita berpisah kita tetap melihat bulan yang sama.aku menyatakan sepenuh jiwa aku.kesannya, till now i can’t look at the moon anymore. it will remind me a story about us. i love us…kisah kita… kisah cinta aku pada dia.
I don’t wanna be without you babe
I don’t want a broken heart
Don’t wanna take a breath with out you babe
I don’t wanna play that part
I know that I love you
But let me just say
I don’t want to love you in no kind of way no no
I don’t want a broken heart
And I don’t wanna play the broken-hearted
“you are at the lowest part in your life now, there’s no more you can go, the only way is going up…” Mohd Naqiuddin Fadzil,Friday 30 October 2009 12:57am. when naqi spell out that, i was amaze and tears…
will i able enough to raise up my head and look at the moon without seeing the image that i love? i’m not sure…really…
Filed under: Uncategorized
after all its not easy for me. yes it not easy but will get thru on this.
wikipedia said; Grief is a multi-faceted response to loss, particularly to the loss of someone or something to which we have formed a bond of attachment. Although conventionally focused on the emotional response to loss, it also has physical, cognitive, behavioral, social, and philosophical dimensions. Common to human experience is the death of a loved one, whether it be a friend, family, or other companion. While the terms are often used interchangeably, bereavement often refers to the state of loss, and grief to the reaction to loss.
its not easy for me. its not just so easy. i will get thru….somewhat commplicated and misunderstood emotion. Yet, grief is something that, unfortunately, we must all experience at some time or other. We will all inevitably experience loss. Whether it is a loss through death, divorce or some other loss, the stages of grieving are the same. huhuhu… something to share at here,
There are five stages of grief. If we get stuck in one stage or the other, the process of grieving is not complete, and cannot be complete. Thus there will be no healing. A person MUST go through the five stages to be well again, to heal. Not everyone goes through the stages at the same time. It is different for each person. You cannot force a person through the stages, they have to go at their own pace, and you may go one step forward then take two steps backward, but this is all part of the process, and individual to each person. But, as stressed, ALL five stages must be completed for healing to occur.
The five stages of grief are:
1-Denial-”this can’t be happening to me”, looking for the former spouse in familia places, or if it is death, setting the table for the person or acting as if they are still in living there. No crying. Not accepting or even acknowledging the loss.
2-Anger-”why me?”, feelings of wanting to fight back or get even with spouse of divorce, for death, anger at the deceased, blaming them for leaving.
3-Bargaining-bargaining often takes place before the loss. Attempting to make deals with the spouse who is leaving, or attempting to make deals with God to stop or change the loss. Begging, wishing, praying for them to come back.
4-Depression-overwhelming feelings of hopelessness, frustration, bitterness, self pity, mourning loss of person as well as the hopes, dreams and plans for the future. Feeling lack of control, feeling numb. Perhaps feeling suicidal.
5-Acceptance-there is a difference between resignation and acceptance. You have to accept the loss, not just try to bear it quietly. Realization that it takes two to make or break a marriage. Realization that the person is gone (in death) that it is not their fault, they didn’t leave you on purpose. (even in cases of suicide, often the deceased person, was not in their right frame of mind) Finding the good that can come out of the pain of loss, finding comfort and healing. Our goals turn toward personal growth. Stay with fond memories of person.
so i will get help, i will survive, i will heal, even if i cannot believe that now, just know that it is true.
To feel pain after loss is normal. It proves that we are alive, human. But we can’t stop living. We have to become stronger, while not shutting off our feelings for the hope of one day being healed and finding love and/or happiness again. Helping others through something we have experienced is a wonderful way to fascilitate our healing and bring good out of something tragic. right? huhuhuhu

Filed under: Uncategorized
Busy Busy Busy….
dont ask me to update more.. please…. crazy! its insane!!! hahahaha well its busy day. start with shock news, one of my truck have been hijacked. well it easy target and carry high value cargo (cigarette) so obviously lah kene hijack. location at batu pahat. almost endup driving there this morning but cancel. so i turn my direction to workshop for some mileage service and get a new tyre! and all is free!!! thanks to my company lah…
well life is hectic lately. everything will be back soon. but seem like i lost half of my friends around me.sad sad sad. maybe its time for me to focus on something else. yes i should!!! write soon.
p/s: i love mankind! its people i cant stand!!!